Wednesday, May 13, 2009

PEMBOHONGAN MB TRG

SU SULIT MB TRG NAFI HANTAR SMS UGUTAN

ADUN TRG BUAT LAPORAN POLIS

ADUN TRG KENA UGUT BUNUH

MAD SAID DIAJAK TUBUH KERAJAAN BARU

Pertemuan khas selesai kemelut Terengganu

PUTRAJAYA - Kesemua ADUN BN dan Ketua UMNO Bahagian Terengganu termasuk Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said akan bersemuka dalam satu perjumpaan bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau sedang menetapkan masa dan tempat untuk mengadakan perjumpaan tersebut dalam dua hari lagi.

Menurutnya, pertemuan dengan ADUN BN dan kesemua ketua UMNO Bahagian adalah untuk mengetahui masalah sebenar yang berlaku di Terengganu secara terperinci.

“Saya selaku pengerusi UMNO Terengganu akan memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengatasi konflik politik di Terengganu.

“Saya percaya, jika mereka sayangkan UMNO Terengganu, mereka juga harus sama-sama berbincang dengan ikhlas,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Beliau berkata, sebelum ini beliau juga telah mengadakan perjumpaan dengan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan menteri besar sekarang, Datuk Ahmad Said berhubung isu tersebut.

“Saya telah bertemu dengan kedua-dua pihak dan mereka juga bersetuju untuk menghadiri perjumpaan itu nanti,” katanya.

Beliau juga turut mengesahkan sudah menghadap Yang di-pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung perkara tersebut.

Ketika ditanya mengenai desakan dari kalangan ADUN BN Terengganu yang mahu menteri besar ditukar, Hishammuddin berkata, “Saya tidak berhak untuk menukar menteri besar, tetapi saya hendak dengar dahulu apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam politik Terengganu."